Jumaat, 20 Julai 2012

men masak2x : Kek Coklat Basah (KUKUS) paling MUDAH!!

Assalamualaikum semua...harap semua sihat la hendaknyer..mungkin harini ramai yg balik kampung or balik ke rumah mak sebab esk da bermula Ramadhan yang pertama.  Alhamdulillah...dapat bersua kembali Ramadhan kali ni,.. Tahun ni, tahun pertama Ramadhan  bersama suami..cmne lak gn korang?

Okey..entry kali ni aku nak berkongsi tentang kek coklat basah yang paling mudah pada aku..bahan-bahannya semua senang nak cari.  Dan rasanya yang paling penting..sgt2x sedap..series...gambar sekali lagi aku xdapat nak share..sebab xsempat nak snap..kek da dipotong dan dimakan..ahaha.. buat kek coklat ni sebab permintaan my mutoq..dia yang nak sangat...ehehe.. :)

So, xkisahlah korang ade resepi ke tidak..aku tetap nak share.  Resepi ni aku dapat dari seorang blogger..tapi aku lupe nak copy link dia..maaf lahh...yg pastinyer, ni bukan resepi aku..aku cuma berkongsi sahaja k..??

bahan-bahannya

250 gram butter
3/4 cawan gula/12 sudu besar
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko (12 sudu besar)
1 cawan air/susu cair

topping lak

1 sudu marjerin
2-3 sudu susu pekat manis
4 sudu serbuk koko
sedikit air(ikut selera korang)

Cara-caranya

1. Mula-mula ambil serbuk koko dan air...bancuh adunan tu dan letakkan ke tepi
2. Kemudian, ambil butter dan gula, pukul sampai kembang.
3. Ambil telur dan masukkan ke dalam adunan sebiji demi sebiji dan pukul lagi..
4. Ambil tepung dan campuran koko tadi, masukkan dalam adunan berselang seli (letak tepung berselang-seli dengan koko) kemudian pukul sehingga sebati.
5. masukkan dalam loyang dan bolehlah dikukus selama 45 minit.(tips untuk mengelakkan air jatuh ke dlm kek, ikatkan tuala kecil di penutup kukus tu)
6. Untuk topping, cairkan marjerin tu kemudian masukkan serbuk koko dan gaulkan.  Pastu masukkan susu dan air.  Bila agak-agak da sebati dan serasi..ehehhe...boleh la angkat..
7. Bila kek da siap dan sejuk..barulah apply topping tu dekat kek ok? tu je..

okeyy..tu la resepinya..cuba la ye.  Salah dan silap..harap ampun kan aku ye kawan2x...Assalamualaikum dan bye2x.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

marilah mengomen-mengomen