Jumaat, 28 September 2012

ttc : Period calendar

Assalamualaikum..salam jumaat buat rakan blogger semua.. Esok da cuti...sampai hari Ahad, so enjoy yourself ok? :)

Jadi, hari ni aku nak berkongsi tentang kalendar period.  Aku ada beberapa period calendar yang aku guna...ye!! Aku ada 3 period calendar ye...2 kat handphone, 2 kat pc(tamak kau fira).  Bukan apa, nak wat perbandingan mana yang terbaik, dah tentu lah kene cuba kan.  Sebelum ni pun da cuba banyak dah, tapi ada yang da delete.

So setakat ni, aku gune kat handphone, spe yang ade smartphone boleh cari kat playstore ok.  Salah satunya my calendar.  Best la aplikasi ni sebab korang boleh masukkan waktu period korang, bile waktu bersukan bersama suami..ehehhe, mood, suhu badan, makan pil, berat, dan simptom.  Pastu dalam aplikasi ni, ada rekodkan korang pnyer period log, contohnya berapa average cycle korang, pastu siap ada chart kalau korang update berat dan suhu badan tiap2x hari.  Bagus kan?  Pstu aplikasi ni akan countdown untuk waktu period korang yang seterusnya dan waktu subur.  :)

ni la dia my calendar, kucing tu..ble korang da start piyed
or habis..kene tekan dia..ehehe.
Lepas tu lagi satu, yang ni my cycles.  Tak banyak beza pun dengan yang atas, cuma pengiraan dia lebih tepat pada aku.  Pastu simbol2x untuk simptom, treatment or event xberapa menarik dibandingkan dengan my calendar.  Personally aku lebih suka my calendar dari my cycles ni. :)

pinkish gituu..ehehhe..

Yang seterusnya, aku guna kat komputer aku ialah boleh klik -> ovuline .  Semua function same je mcm calendar kat atas, cuma yang ni siap ada meter bile waktu yang terbaik untuk bersukan bersama suami.  Nampak tak yang aku buat love tu...ye..love tu x cantek...aku bkn orang yang berseni..ahahahha...abaikan itu.  Macam yang korang boleh tengok kat gambar bawah, ada calendar, statistik, same macam calendar yang kat handphone aku jek. Cuma yang ni ada yang berbayar, aku pakai yang free jek..so kalau korang mampu boleh lah pakai yang berbayar..mungkin lagi bagus kot.  hehehe... Owh, lupe plak..sebelum guna aplikasi ni korang kene buat akaun dulu taw? baru la semua data boleh disimpan dan dibuka untuk hari seterusnya..ye dak? :p
love yg tah ape2x..ahahha..

Okey yang lagi satu ni aku rase sangat femes sebab kebanyakannya memang akan pakai yang ni.  Apa yang bagusnya aplikasi ni?? Korang boleh update bila-bila masa tau?  Sebab............korang boleh update melalui komputer dan juga melalui telefon!! Ye...ade jugak mobile version.  So, kalau tetibe tengah jalan-jalan ke, honeymoon ke, boleh la update...tak semestinya nak kene usung laptop ke sane kemari kan?  Aplikasinya korang boleh klik sini .  Kelebihannya aplikasi ni?  Yang aku suke, semua ada kat aplikasi ni tau.  Dia pnyer chart sangat complete.  Sebelum ni aku ada share kan chart aku?  Dari aplikasi fertility friend ni lah.  Kalau nak baca boleh klik sini .  Aku rasa better fertility friend ni lah, kat handphone ada..kat komputer ada..senang untuk kita kan?    Ni la fertility friend, tu chart aku untuk period cycle bln ni...ehehe..baru 3 hari.. :p

sori la kawan..terkecik plak...hihi..
Ok la kawan-kawan, tu je perkongsian aku untuk hari ni.  Harap-harap dapatlah membantu mana-mana yang ingin mengandung atau merancang.  Dua-dua boleh pakai k?  Pilih la yang terbaik, dan ini adalah salah satu usaha untuk kita mengandung kan?  Kita berusaha kan, rezeki tu datang dari Allah s.w.t.  :)

Apa-apa yang terkurang, tersilap..aku minta maaf k.  Assalamualaikum...bye2x..takecare kawan2x.. :)


2 ulasan:

  1. sy guna 2 1) FF & 2) iperiod. Dua2 pun sama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah..lbh dr stu ehh..advance la sy..smpi 4 skligus..hehe

      Padam

marilah mengomen-mengomen