Rabu, 10 Oktober 2012

ttc : Apakah OPK dan bagaimana membaca keputusannya?

Cewahhh..ayat nk superb jek kan...

Ni ha...kot2x la tak taw ape tu OPK.  Meh sini dekat2x...aihhhh...jauh sgt tu...dekat sket lagi...ehehhee...

OPK tu dalam bahasa Londonnyeeerr.....ialah Ovulation Predictor Kits.  OPK ni digunakan untuk mengetahui waktu subur kita.  Maksudnya, selain dari melihat mukus dan bbt, kita juga boleh mengesan kesuburan melalui OPK ni.  Cara untuk menggunakan OPK sama sahaja macam pregnen test.  Cuma waktu untuk mengukur tu..lain.  Kalau pregnen test, biasanya lebih afdal lepas bangun tido, pagi2x tu kan? Untuk OPK ni,  disarankan guna pada waktu 2 petang ke 6 petang.  Dan masa tu, jangan pulak baru lepas minum air ke..takut tak tepat lak bacaanya..kalau leh..jarakkan dulu waktu minum air tu kalau tahu nak buat OPK ni, agak-agak dalam 3 jam puasa air ok...?

Bagaimana nak baca keputusan OPK ni?  Biasanya dekat test tu akn tulis huruf C dan T.  C tu bermakna control dan T bermakna Test.  Jadi, kalau garis di kedua-dua huruf tersebut terang, atau pun garis T lebih terang dari C.  Maknenyer anda akan subur biasanye dalam masa 12 ke 36 jam.  Jika anda merancang untuk mengandung disarankan bersama suami dlm masa itu.  Kalau untuk orang yang gigih buat opk ni,..boleh la start sebaik sahaja habis period.  Lagi bagus, ditambah dengan penggunaan BBT (Basal Body Temperature), dari situ,...lagiii senang nak kesan waktu subur taw?? Kira macam bonus lahh.. :p Korang kan suka bonus2x nii?? Kann??? hahahaha...

Tetapi jika garis C lebih terang dari T atau garis T langsung tidak kelihatan bermakna keputusan tu negatif lah..boleh lah cuba hari lain pulak ok? Makin lama akan makin terang..so boleh la rancang bila nk BD.  Kalau belum jumpa lagi double line tu,..jangan risau..kitaran haid setiap orang kan lain..ade yang tetap..ade yang berlari-larik..berjalan-jalan..heeeeeeeeeee.. So, mungkin waktu subur korang lambat, or cepat.. tu semua boleh ditentukan dengan ujian OPK ni.  Tapi pernah jugak aku terbaca,..ada yang tak dapat double line terang tu,..  Kes tu, aku tak dapat nak terangkan kenapa.  Mungkin boleh cuba buat pemeriksaan dengan doktor or bertanya dengan orang yang lebih pakar.  Okey,..kat sini jadual aku wat sendiri berdasarkan panduan dari blog dr zubaidi..ni link untuk blog dia..klik sini .  Korang boleh refer jadual kat bawah ni dan boleh agak2x bila masa sesuai untuk mulakan mencelup2x opk ni,...seronok taw?? 



So kawan-kawan ape lagi..boleh la dijadikan salah satu usaha untuk dapatkan baby..ehehhee...okey bye semua.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

marilah mengomen-mengomen