Rabu, 24 Oktober 2012

Suami Berlagak Cool

Assalamualaikum, apa khabar korang....hari ni hari Rabu kan? Sapa da mula cuti untuk raya? Aku belum lagi..sebab my mutoq kena keje..so aku pun keje la jgak.. Selamat Hari Raya Aidiladha semua... :)

Ehem..hari ni nak cite pasal suami yang berlagak cool, ehehhe.  Tadi dok google la pasal hamil kan..sekali tertekan thread tentang suami yang nak tahu macam mana nak senang hamil.  Yup! Dorang borak kat situu...dok cite la pasal makanan ape kene makan, apa yang tak boleh,..comel giler..

Yang best bile ade yg suggest makan asid folic and one of them dok tnye2x la..ape tu asid folic...pastu ade yang cakap, isteri kecewa tak hamil so dia sedih tengok isteri dia cmtuu..tapi bile depan isteri..dia buat cool je...padahal nyer dia paham perasaan isteri dia..and dia xkisah pun pasal tu...sebab dia percaya tu semua rezeki daripada Allah s.w.t

Yela kan..kadang-kadang ada jugak isteri-isteri yang dok mengadu kerisauan dorang.  Ada suami yang layan, ade yang wat tak tahu jek... Sebenarnya kita mungkin tak tahu atau tak sedar yang sebenarnya suami sedang mencari or berusaha untuk membantu.  Contohnya macam tadi la, dok tanye kawan-kawan yang lebih berpengalaman.  Mungkin jugak dia ada cari kat internet ke..manelah kita tahu kan?

Lelaki ni kan ego,..manelah nak tunjukkan kelemahan dia pada kita.  Lebih-lebih lagi waktu tu kita tengah sedih...so, salah sorang mesti kuat untuk naikkan semangat.   Kalau dua-dua down? Tak ke susah...

Pada rakan-rakan TTC, yang da lame mencuba..mungkin setahun, 10 tahun..atau lebih...teruskan berusaha k...kuatkan la semangat...sentiasa berdoa, dan semoga..satu hari nanti Allah makbulkan doa kita, amin...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

marilah mengomen-mengomen