Selasa, 4 Disember 2012

Kecoh : Pengsan

Assalamualaikum semua...

Semalam, kat opis ada buat mesyuarat bahagian dan bersekali dengan jamuan makan.  Semasa mesyuarat berlangsung, semuanya lancar.

Lepas tu, kitorang pun beransur la ke dewan makan untuk jamuan.  Tiba-tiba tengah nak ambik sudu untuk menikmati puding roti, pegawai aku hulur pinggan yang berisi nasi kat aku.  Eh?? nape ni puan?? Kalau ye pun nak bagi aku nasi..xkan le bersekali dengan lauk kan?? ahaha..

Ni haa..bos nak pengsan.. HAHHH??? Yang aku ni, takde rasa terkejot ke ape ke..letak pinggan kat tepi, terus tengok je..Sebab orang dok mengerumun bos dah mase tu...Semua da jerit2x minta kol ambulance.  Mase tu, muka bos sangat2x pucat..dalam hati aku..ishh...da nak mati ke..takotnyeee...

Tak sempat jatuh ke lantai, dorang bawak bos ke kerusi and dudukkan dia atas kerusi.  Yang aku ni ada pengalaman, aku suruh dorang longgarkan tudung and angkat kaki letak atas kerusi. Ada yang tukang kipas, mase tu ada yang dah mengajar mengucap dahh..!!

Tibe2x..xsampai pun 5 minit!! Dah bangun...!! EHhh...cancel panggil ambulance. Yang kawan aku ni..tengah on call ambulan, pergi cakap... "Takpelah encik, puan yang pengsan tadi da sedar, tak jadi la ambil ambulance".  Ikutkan aku..nak tergelak pun ade dengar kawan aku ni cakap camtu..tapi dengan keadaan cmtu..xsesuai la ko nk bergurau kan.

Kawan aku tadi siap tanya, macam mana bos boleh sedar?? Aku ni..terdiam..tak tahu nak kate ape sebab tak pernah hadapi situasi pengsan yang terus bangun.  Masa bos tu sedar, aku macam termenung sekejap...cepatnya bangun..lepas dah bangun tuu..cepatnya segar...haihhh....mengucap panjang akuuu..jangan la pikir bukan2x...itu antara dia dengan Allah.  Tapi seriously, sepanjang aku berkawad selama ni, berdiri berjam2x tengah padang...banyak kali aku terjumpa dengan kes2x macam ni.  Selalunya orang akan mula berasa pening, seram sejuk, berpeluh dan nak jalan pun mesti dah tak berapa center.  Tapi kes yang ni, pesakit ok masa meeting, masa berjalan ke dewan pun ok..tiba2x..nak pengsan.  ENTAH laa..

Pernah terjadi pada kawan aku ni..masa bulan puasa.  Dia memang beritahu kat aku..dia nak pengsan..dia suruh aku pegang dia..tapi aku tak sempat sambut dia masa dia jatuh..sangat berat!! Tapi kes yang ni, masih boleh bergerak sampai ke kerusi, baru pengsan? Ya Allah..aku tak nak fikir buruk, tapi susah aku nak percaya.  

Pernah tak korang pengsan? Apa yang terjadi masa tu? Sebelum nak pengsan tu, apa yang korang rasa? And selepas sedar tu, korang segar or masih lesu?? Sorry, aku tak pernah alami kes yang macam ni, aku nak tahu macam mana pengalaman yang lain.  Pertolongan korang amat diperlukan, sebab?? Kalau takde, dan kemungkinan hanya lakonan...ada sesuatu yang perlu dilakukan..sangat penting..sangat2x penting.. Kalau betul, ada pernah jadi macam ni,...takpe, aku tambahkan lagi pengetahuan aku ni.  

Aku minta maaf sangat kalau korang rasa aku ni jahat ke, bersangka buruk ke.  Tapi aku perlu tanya orang untuk hilangkan syak wasangka aku ni...aku perlu buat..untuk hilangkan pemikiran yang setiap masa berpikir kewajaran bende ni... Entah la korang..bantu la aku nii... Kalau betul dia berlakon..sangat kesian pada yang terkena tuu...sangat2x kesiann... Kalau betul2x sakit..aku doakan semoga dia cepat sembuh..amin...

p/s : pernah rasa nak pengsan, tapi cuba pandang pokok and warna2x ijau...hehehe...pesanan cikgu masa kawad dulu2x... SKUADDDDDDDD!! SKUADD SEDIA!! rindunyerrrr~~

4 ulasan:

  1. Yana pernah pitam sekali. tiba2 rasa pandangan gelap, pastu berpaut pada kerusi duduk sekejap then ok. Risau juga kalau pitam sorang2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas tu terus segar or still rasa lemah? Mase yana pitam tu, sorang2x ke?

      Padam
  2. knp knp? aku pernah la rasa nak pengsan..tapi sebab masa rasa tu trs cpt2 stop n slow2 duduk...amik masa jgk la nak ok blk..tp bila dh ok tu pn trs nak rehat..

    - oleh i is cantik-
    liciey..hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahah..kan...ade cite weii...ahahaha..best ko line aku cptt..ahahah

      Padam

marilah mengomen-mengomen