Jumaat, 27 September 2013

TTC : CD01 ON 26.09.2013

Assalamualaikum..

Semalam start CD01 semula...mihmihmihhh...tak berjaya lagi nampaknya..belum sampai rezeki untuk sha.  Untuk cycle lepas sama je,..tak ade ambik supplement apa-apa pun, bbt pun tak buat..opk setengah jalan..ehehhe...sangat pemalas!!

So semalam,..setelah beberapa cycle sha xbuat bbt,..this cycle start semula.  Supplement pun start jugak.. Opk pun baru beli, so boleh mencelup dengan jayanya cycle nihhh..!! wahh..semangatttt!! Dan....bulan sepuluh ni sha dapat appoinment dengan lppkn.  So any update nanti sha update lagi la ye...mekacehhh..

Assalamualaikum..

Isnin, 23 September 2013

CAT LOVERS : Bantuan Diperlukan

Assalamualaikum semua..

To all cat lovers,...Sha nak minta tolong dengan korang untuk tolong kucing-kucing ni.  Bantuan korang sangat-sangat diperlukan.  Untuk baca kenapa anak-anak bulus ni perlukan pertolongan korang, korang boleh baca dekat sini .  Please ye korang..kalau mampu..bantu la mana yang boleh.

Thanks korang...Assalamualaikum...

Khamis, 12 September 2013

TTC UPDATE

Assalamualaikum semua..huhuhuuu..lama sudah xku update ini blog...ehehhe...xde mood nk update..boleh gitu?? Just nak update my ttc journey.

Hari tu, sha da call LPPKN untuk buat appoinment..tapi dia suruh call balik on 23rd untuk buat appoinment bulan 10 sebab bulan ni dah penuh.  So, nanti kena la call semula.  First sha ingat nak buat dengan Dr. Hamid Arshad, tapi call banyak kali tak jawab2x..semua nombor call..tak jawab2x...  Pastu sha niat dalam hati..mana yang dapat..itu la rezeki.. Last2x call LPPKN cepat je jawabnya.

Lepas tu, sha minta sambungkan dengan klinik kesuburan.  Sha tanya la macam mana nak buat appoinment untuk jumpa doktor.  Dia pun terangkan la satu persatu dan syarat-syarat sebelum datang LPPKN.  Syarat-syaratnya ialah:-


  • Kena bawa kad pengenalan, sijil kahwin
  • 3-5 hari sebelum tarikh appoinment, tak boleh bersama dengan suami (sebab first day datang tu nak check sperm)
  • digalakkan ambil cuti
  • siap-siap bawak RM200
Itulah syaratnya..ehehhee... So belum boleh buat appoinment lagi,..kena tunggu 23hb baru la boleh call semula dan tetapkan tarikh.  Harap-harap boleh dapat tarikh nanti.  Doakan sha ye korang... Till then..bye.. 

Assalamualaikum.. :)